Tarikh Kemaskini : 17 Jan 2026
Terma & Syarat
Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti syarat-syarat dan terma-terma tambahan ini sebelum bersetuju untuk melanggani pakej percutian Al-Ahmadi Travel & Tours Sdn Bhd (AATTSB). Syarat-syarat dan terma-terma ini adalah tambahan kepada peruntukan terma dan syarat didalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992.
Ianya tidak mengurangkan kuat kuasa peruntukan Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dan dimana terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat didalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 adalah terpakai. Sekiranya anda membuat tempahan dan membayar deposit untuk melanggani pakej percutian AATTSB, anda telah terikat melalui kontrak dengan pihak AATTSB. Ia menandakan bahawa anda telah bersetuju dengan semua terma dan syarat AATTSB.
|
Pembatalan diterima |
Caj pembatalan bagi setiap seorang |
|
22-44 hari bekerja sebelum trip |
Perlucutan deposit pelancongan |
|
15-21 hari bekerja sebelum trip |
35% daripada harga pakej |
|
8-14 hari bekerja sebelum trip |
50% daripada harga pakej |
|
3-7 hari bekerja sebelum trip |
75% daripada harga pakej |
|
2 hari bekerja sebelum trip |
100% daripada harga pakej |
Al-Ahmadi Travel & Tours Sdn Bhd
SSM : 1526837X | MOTAC : KPL11408
Agensi pelancongan berdaftar dimilik 100% Bumiputera Muslim yang menawarkan pelbagai pakej umrah ziarah dan percutian ke luar negara.
Pejabat Urusan
No 5-02, Jalan Tampoi, Susur 1, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim